Final af9.. Aku harap Astro pandang serius hal ni..

on 10 June 2011

Lokasi konsert baru af nanti adalah berdekatan dengan masjid (bukan depan masjid ok!) tuanku mizal zainan abidin. Walaupun bukan depan masjid, tapi dengan jarak lebih kurang 500 meter tu guwa rasa tetap dekat dengan masjid. Selak-selak semak je dah sampai masjid tu.

Sebab yang buat guwa tak setuju dengan lokasi konsert af ni :
  • Dengan jarak dekat macam tu, even mike tutup pun hiruk pikuk suara penonton pasti dengar jugak. Lu pernah tengok ke konsert yang mana penonton dia senyap? Kalau senyap bukan konsertla! Ini sekaligus MUNGKIN mengganggu konsentrasi jemaah nak baca wirid atau nak solat sunat contohnya.
  • Waktu konsert berlangsung lepas isyak. Guwa rasa sebelum maghrib dah sah2 ramai berkumpul.. 
Tapi kalau nak suruh pihak berkuasa banned pun sah-sah konsert tetap berjalan jugak kan.. Depa dah dapat kebenaran. Nak kata apa lagi. Jadi ni guwa cadangkan pada Astro :
  • Mintak penonton pergi tunaikan solat bila masuk waktu. Jangan bagi penonton lepak sekitar kawasan konsert selagi konsert belum berlangsung. 
  • Jaga sound. Mintak pihak yang incharge pasal sound sistem adjust bunyi. Jangan terlalu kuat.
  • Waktu azan jangan buat sound test. Alamak aih.. Takkan ini pun nak kena ingatkan.. 
  • Pakaian. Pasal pakaian penonton memang tak dapat nak kawal dah dalam hal ni. Jadi apa yang astro boleh buat ialah jaga pakaian peserta. Suruh diaorang berpakaian yang tak melampaui batas. 
  • Asingkan penonton lelaki dengan perempuan.
Ekceli peserta af sendiri patut usulkan bantahan dengan cadangan tu. Sebab diaorang dekat je dengan pihak Astro jadi senang nak berunding. Tapi apsal diam je eh? Lagi 1 pihak yang meluluskan konsert berlangsung kat situ.. Apsal luluskan?

Pada pandangan guwa, konsert-konsert ni seeloknya buatlah kat stadium putra atau arena all star ke.. Banyak lagi tempat lain apa.. Ni nak jugak pilih tempat tu.

Gambar lokasi konsert boleh tengok kat blog Ujang

*Tonton konsert final af9. Klik link sebelah ni - Konsert final af9
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...