Janganlah bazirkan masa tu..

on 11 June 2011

Kat town.. Asik duduk je rumah benak kepala guwa. Otak pun tak 'bergerak'. Kalau keluar jalan-jalan, otak pun ikut sekali 'jalan'. Hopefully dapatlah idea. Stock idea dah nak habiss.. Huhu

Hurmm sekarang tengah bercanda kat mapley.. Yang guwa suka lepak mapley ni duduk minum, sambil layan view. Tenang fikiran. Macam-macam gelagat lak tu boleh tengok. Macam tadi, kelihatan mat-mat ekor (rambut ada ekor kat belakang) duk usha gegadis kat kaki lima.. Even mak gegadis ada kat sebelah pun selamba je mat-mat ekor tu usha!

Sebelah guwa ni pulak ada segerombolan mamat tengah duk berforum. Guwa ingat cerita pasal isu negara ke hapa, rupanya sibuk duk bincang 'barang baik'. Tak pasal-pasal guwa pun dapat dosa. Nasib baik guwa pakai selipar je ni. Kalau pakai stokin + kasut, nak je guwa buat macam mr.bean tu. Sumbat stoking dalam telinga! Adeh..

Tengok diaorang macam tu terfikir guwa, dari duk berpelesaran takde tujuan macam tu yang mana buang masa plus dapat dosa, baik berblog. Blogger ada wordpress ada. Sign up je lepas tu dah boleh menaip. Atleast masa free tu takdelah terbuang macam tu je kan.. Kalau ada rezeki boleh dapat duit lagi.. 

Bagi guwa kerajaan patut buat kempen 'mari berblogging' jugak la.. Macam kempen mari membaca tak lama dulu. Selain dapat isi masa lapang belia liar, diaorang dapat tambah ilmu jugak kan.. Gejala sosial pun confirm kurang. Eh terpanjang pulak guwa merepek..

*Nak mintak tolong korang. Sini picit. Vote blogger no.4 ye. Terima kasih..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...