Review user interface baru blogger.com

on 13 June 2011

Guwa tak tahu berapa ramai blogger user dapat interface baru ni. Hari tu guwa usha fb tanya sana sini, diaorang kata interface diaorang masih interface lama lagi. Lepas tu guwa masuk pulak blogger in draft, rupanya blogger yang dapat UI baru ni dipilih secara rawak.

Nak dekat seminggu guwa guna UI baru ni. Jadi guwa nak buat spoiler sikit lah. Supaya hang rasa takde pape yang best bila dapat guna Ui baru ni nanti. Keh keh.. Jom usha!

                                                                    +++++++++












Muka depan blogger lepas hang log in. Yang berbeza macam hang tengok kat gambar tu. Button new post, design, followers dan apa-apa lagi button kat interface lama semua dah dibawa masuk dalam button dashboard. Pageview pulak dipindahkan kat muka depan.












Interface yang keluar bila hang klik button 'dashboard'. Semua botton penting kat muka depan UI lama ada dalam ni.

















Yang ni paling guwa suka. Tempat taip entri dah dibesarkan. Sepatutnya dari UI lama lagi tempat taip entri ni memang patut besar saiz dia. Barulah senang blogger nak menaip. Tapi tah apa kejadah tah google set kecik. So lepas ni bila hang nak taip entri takdelah asyik nak kena scroll ke bawah je. Mata pun tak berpinau.

Screenshot UI yang lain :























Antara add-on yang ditambah dalam UI baru ni, 'Overview' (statistik blog) dengan Pageview untuk setiap entri macam hang tengok tadi. Pageview untuk setiap entri tu bagi guwa penting jugaklah. Agak-agak pageview untuk entri tu seciput je, delete pastu post balik. Hehe. Tapi overview guwa rasa tak perlu kot.. Baik ganti add-on lain ke. Sebab kat Stats pun dah boleh tengok.

Kekurangan paling teruk dengan UI baru ni ialah takde 'Edit Html'. Hurm harap google letak balik function ni secepat mungkin. Kalau takde function ni nescaya menggelupurlah user blogger.com sekalian alam.  

Overall semua bagi guwa oklah. Tapi kalau nak kata betul-betul kena dengan taste guwa memang tak ah. So-so. 50-50. Cuma color UI baru ni, warna kelabu tu buat UI baru ni nampak suram. Boring lah. Hang tak rasa macam tu?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...