Aaron Aziz - Saya Rasa Zed Zaidi Tak Matang

on 10 April 2012

Entah apa-apalah zed zaidi ni. Pada yang tak tahu, 2 hari lepas dia ada menyatakan rasa tak puas hatinya di atas kemenangan aaron aziz sebagai bintang paling popular berita harian 2011 di twitter milik dia. Bawah ni ada screenshot kenyataan kontroversi dan mengarut zed zaidi di twitternya.


Tak semena-mena bersemangat patriotik pulak? Heheh. Akibat kenyataan ni, wartawan mstar menghubungi aaron untuk mendapatkan penjelasan. Kata aaron :


"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya. 

Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sempadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia.

"Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak."

Memang betul apa yang aaron katakan. Sebagai Timbalan Presiden Seniman, zed zaidi tak sepatutnya keluarkan kenyataan macam tu. Dari kenyataan tu macam nampak yang zed zaidi ni sebenarnya macam cemburu je? Hurm sepatutnya sebagai pelakon, zed zaidi jadikan kejayaan aaron ni sebagai suntikan semangat untuk berjaya macam aaron. Apa-apa pun kenyataan zed zaidi sumpah memang memalukan Seniman. Serius. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...