Keluar rumah tak minta izin pun kena saman sejuta?

on 10 April 2012

Tindakan isteri keluar rumah tak mintak izin, menyebabkan suami memfailkan saman sejuta kerana mendakwa perjanjian perkahwinan dilanggar dan memfailkan permohonan nusyuz terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam. 

Muhamad Sem (suami) mendakwa Norlysalfarina (isteri) yang bertugas sebagai jururawat di bahagian kecemasan di sebuah hospital kerajaan keluar dari rumah mereka pada 10 Januari 2012 tanpa izinnya dan tidak pulang ke rumah sehingga sekarang. Plaintif beberapa kali menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada defendan, namun tiada jawapan lalu plaintif membuat beberapa laporan polis. 

Dalam penyataan itu plaintif berkata isteri dia pecah amanah kerana sebelum ini norlysalfarina berjanji akan hidup bersamanya. Plaintif turut mengemukakan salinan surat akujanji yang ditandatangani defendan dan seorang saksi pada 7 November 2010 yang menyatakan defendan berjanji untuk menjadi isteri solehah dan setia selama-lamanya kepada plaintif. 

Sekiranya defendan enggan taat, mahkamah akan mensabitkan wanita itu nusyuz dan dengan itu, dia tidak boleh meminta sebarang nafkah edah, mutaah dan nafkah sebagai isteri sepanjang meninggalkan rumah kelamin.    

Defendan turut bersetuju sekiranya memungkiri janji itu atau melanggar mana-mana satu undang-undang keluarga Islam Malaysia, dia perlu membayar ganti rugi RM1 juta kepada plaintif. 


*Bila aku baca tajuk berita ni kat hmetro, aku rasa berita ni paling pelik dan merepek harini.. Keluar rumah tak minta izin, kena saman sampai rm1 juta. gila ke apa? Tapi bila dah baca, baru faham kenapa. Si isteri tu sebenarnya dah pecah amanah. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...