Budak 13 tahun pun boleh dirogol.. Apa nak jadi ni?

on 10 April 2012

Seorang budak perempuan yang baru berusia 13 tahun dirogol teman lelakinya berusia 16 tahun yang baru 6 hari tempoh perkenalan, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa.  

Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar. 

Mangsa baru berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama enam hari lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata mangsa main ikut je ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong. 

Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan hubungan seks bagaimanapun mangsa enggan. Bengang bila ajakannya ditolak, suspek bertindak memperkosa mangsa. Mangsa kemudian pulang ke rumah dan membuat laporan polis bersama keluarga.

Susulan laporan itu, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya sekarang suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 April ni. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. 

* Apa nak jadi ni? Budak 13 tahun dah ada teman lelaki? Lepas tu kena rogol pulak. Kalau korang tanya aku, kes-kes rogol macam ni puncanya bermula dari sikap acuh tak acuh ibu bapa sendiri. Kalau ibu bapa perihatin pada anak, takkanlah jadi kes-kes macam ni.

Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...