Gambar Majlis Hari Jadi Rita Rudaini ke 36

on 13 April 2012

Gambar masa majlis hari jadi rita rudaini yang ke 36 - Pada yang tak tahu, 11 april lepas salah seorang pelakon terkenal tempatan iaitu rita menyambut hari jadi dia yang ke-36. Majlis yang berlangsung di hotel royale chulan ni dihadiri 300 orang tetamu iaitu peminat-peminat, rakan-rakan artis dan pihak media.























Apa yang buatkan aku respek pada rita ialah walaupun rita dah menerima sms cerai dari aidil sebelum majlis berlangsung, tapi dia masih cukup steady untuk menjayakan majlis hari jadinya dan masih ceria melayan tetamu yang hadir. Kata rita tentang majlis hari jadinya :

"Sebenarnya bukan senang untuk saya mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersama anda semua bersama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran saya. Lagipun tujuan saya menganjurkan majlis ini adalah untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan peminat yang telah banyak menyokong semenjak saya terbabit dalam industri seni"

Kata rita bila ditanya tentang kisah rumah tangganya dan hak penjagaan anak :



"Apa sahaja dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri saya sekarang, paling penting saya masih mempunyai kedua-dua orang anak yang menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan. Saya dah bersusah-payah mengandungkan dan membesarkan mereka. Jadi, saya tak akan biarkan sesiapa pisahkan anak-anak dengan saya, kerana hanya Tuhan saja yang boleh pisahkan kami"

Anyway, selamat hari jadi ke 36 diucapkan kepada rita rudaini. Diharapkan rita tabah dan kuatkan semangat dalam menghadapi dugaan-dugaan mendatang. Kredit gambar dan info portal gua. Lagi gambar sekitar majlis hari jadi rita :




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...