Gambar Fenomena Halo Matahari Dan Bulan Di Alor Setar

on 13 April 2012

Gambar fenomena kejadian halo matahari dan bulan di alor setar - Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan lingkaran cahaya seperti pelangi mengelilingi matahari atau bulan. 


Keadaan ini dikenali sebagai fenomena halo. Ia mula dikesan tengah hari semalam. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, fenomena itu ialah kejadian semula jadi. 

"Ada banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi yang kelihatan seakan-akan kepingan awan. Ia terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," menurut kenyataan itu. 

Dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo adalah petunjuk untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan. Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal. 


Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari. 

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama", katanya. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).

Sumber : Berita harian
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Azam berkata...

Bagi yang belum pernah melihat, pasti rasa teruja, terkejut, dan ada yang panik. Bagi yang mengetahui, ianya merpakan fenomena alam semula jadi.


02 Oktober, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...