Status Pr Aaron Aziz Sebenarnya Belum Sah?

on 12 April 2012

Status tukar pr aaron aziz sebagai penduduk tetap malaysia belum sah sebenarnya? Berdasarkan portal hiburan gua 2 hari lepas, aaron mengatakan status pr dia dah disahkan dan cuma tunggu masa je untuk ambil dokumen-dokumen penting. Hari ni kat berita harian, aaron kata belum sah pulak. Mana 1 yang betul ni?


Kata aaron di berita harian :

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat. Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur,“

Ini serius mengelirukan. Sampaikan ada blog hiburan mengatakan aaron aziz cuba putar belit kenyataan. Aku rasa ada salah faham antara wartawan portal gua dengan aaron. Mungkin wartawan tu salah dengar atau aaron terlepas cakap then terlupa apa dia cakap tu. Apa-apa pun harap-harapnya isu ni tak member kesan pada permohonan tukar pr aaron dan harapnya prosedur permohonan tu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...