Aidil Zafuan Batal Niat Cerai Rita Rudaini

on 16 May 2012

Aidil zafuan batal niat cerai rita rudaini! Alhamdullillah. Rasanya ini satu berita baik untuk peminat artis seorang ini. Berdasarkan dari sumber, kemungkinan besar rumah tangga aidil dan rita dapat diselamatkan. Untuk makluman korang, hari ini akan berlangsung prosiding ringkas tuntutan balas aidil tentang permintaan tunjuk sebab cerai dari rita rudaini sebelum ini di makhamah rendah syariah shah alam.


Kata aidil, permohonan minta sebab cerai itu ialah tanda isterinya tak mahu bercerai dan mahu meneruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri. Disebabkan itu aidil batalkan permintaan cerai sebelum ni. Ini pulak antara kandungan tuntutan balas tu menurut aidil :

Meminta sebab adalah tanda isteri saya tidak mahu bercerai dan saya tarik balik. Saya juga menuntut dia dan anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat dan setia kepada suami.

Antara sebab aidil minta rita pindah rumah ialah kerana dia lebih selesa tinggal di situ dan sesuai dengan pendapatannya. Tak kisahlah pasal tu, yang penting tak jadi cerai. Tu yang penting. Sekarang bergantung pada jawapan rita mahu turut atau tak tuntutan balas aidil tu. Pada peminat, doakan yang terbaik buat diaorang.

Sumber : Rotikaya
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Rozuan Ismail said...

baguslah kalau tak jadi.bercerai adalah perkara yang halal tetapi tak disukai Allah


16 May, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...