Rita Rudaini : Tuntutan Taat Aidil Zafuan Kelakar

on 17 Mei 2012

Rita rudaini : tuntutan taat aidil zafuan kelakar? Pulak. Aku ingat kes cerai ni boleh selesai semalam. Hari ini di mstar, rita keluarkan kenyataan iaitu tuntutan balas aidil tu sebenarnya kelakar dan amat kebudak-budakan kerana selama mereka bersama, dia mendakwa tak pernah sekali pun dia melanggar dan menduakan perintah suami. 

rita rudaini : tuntutan taat aidil zafuan kelakar

Ini kata rita di mstar :

Aidil tuntut saya supaya kembali taat? Memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.  Saya juga tak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang keluar rumah senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian. 

Rita jugak mempertikaikan tuntutan suaminya yang mahu dia dan anak berpindah rumah :

Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?

Perghh.. serius rasanya baru semalam aku tarik nafas lega bila dapat tahu perkembangan kes cerai rita rudaini dan aidil zafuan semalam. Hari ini, macam ni pulak jadinya. Kalau tanya si aidil tu pulak, lain pula kata dia. Dia cakap isteri dia ni tuduh dia curang. 

Pada aku dalam hal ni, salah satu pihak perlu jadi 'air'. Mengalah sikit la. Tapi kalau dah dua-dua nak jadi 'api', boleh ke settle kes ni? Apa-apa pun, kita doakanlah yang terbaik buat mereka. Pada yang nak tengok video kenyataan balas rita tentang kes ni kat bawah ni, klik readmore. Kredit vid : rotikaya



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...