Adi Putra Akan Bercerai Tak Lama Lagi

on 17 Mei 2012

Adi putra akan bercerai pula tak lama lagi! Aku rasa kali ini musim artis cerai pulak lah. Yang terbaru di hmetro hari ini, adi putra dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya aida yusof di makhamah syariah pada 11 mei lepas. Keputusan ni dibuat selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangganya gagal.

adi putra bercerai

Kata adi di harian metro :

Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perceraian ni akan berlaku dalam rumah tangga saya. Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.

Adi putra turut menyatakan punca penceraian tiada kaitan dengan orang ketiga :

Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain

Memang mengejutkan berita ini. Aku rasa masa abpbh lepas, nampak adi dengan isteri macam ok je tapi tulah, nampak ok diluar tapi di dalam, kita tak tahu. Hopefully keputusan bercerai ni ialah langkah terbaik buat adi dan isteri. Semoga diaorang ketemu dengan kebahagian tak lama lagi.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...