Perompak Dicekup Selepas Ditinggalkan Rakan

on 13 Mei 2012

Perompak dicekup selepas ditinggalkan rakan – Tiga perompak yang tersilap memilih rumah untuk dirompak ditembak tuan rumah sehinggakan mereka lari bertempiran sebelum sempat merompak rumah itu. Dua daripada perompak tersebut cedera ditembak dan seorang daripada mereka berjaya diberkas. 

Suspek itu diberkas ketika mengerang kesakitan akibat ditembak di kawasan lapang tidak jauh dari rumah mangsa. Sebelum itu, tiga penjenayah indonesia itu menceroboh rumah seorang petani, mohd. shamir fauzi, 28, di pantai belimbing, durian tunggal, melaka di sini. Sebelum kejadian pukul 4 pagi, shamir berkata, dia bersama isterinya berada di dalam bilik. Ibu Shamir pula tidur di bilik lain. 

“Isteri saya tidak tidur kerana reza anak saya meragam. Tak lama lepas saya tidur, saya dikejutkan isteri bila dia terdengar bunyi tombol pintu yang dikunci cuba dipusing selain nampak bayang-bayang melalui bawah pintu bilik,” cerita shamir ketika ditemui di rumahnya itu. 

Dia kemudian mengambil senapang patah dalam bilik tidurnya lalu mengisi dua butir peluru sebelum membuka pintu bilik tersebut.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...