Kau tengok, kau baca, kau terpengaruh, kau terperangkap - pasal post-post jumlah pendapatan iklan

on 22 April 2011

Salah 1 kesilapan dalam blogging bila terpengaruh dengan jumlah $$ seseorang blogger tu dapat. Khususnya yang memang betul-betul baru blogging. Mana yang jadikan sebagai pembakar semangat ok lah. Tapi kalau ada yang fikir blog ni sumber mudah untuk dapatkan duit, macam mana?

Wow blogger ni dapat duit tebal-tebal dengan blog sajeeee! Aku pun nak try!

Hari ni sign up blogger, setup iklan, post 1 entri dan POOF! Duit mencurah-mencurah masuk ke akaun anda! - Wah dah macam duit turun dari langit lah ek..

Kalau betul macam tu, aku rasa takda orang lagi yang nak bekerja makan gaji. Kalau memang betullah senang dapat $$ dari blog ni..

Jangan terpengaruh! Sebelum kita rambang mata tengok jumlah $$ satu-satu blogger tu dapat, cuba fikirkan apa yang dia buat kat blog dia sampai dia dapat $$ tu. Kaji, fikir, kaji dan fikir. Bila dah tahu sebabnya, barulah takda timbul rasa nak give-up atau nak tutup blog terus.

Cuba fikir, ada ke benda yang kita nak buat terus jadi? Contoh paling simple ah eh.. Kau nak pergi toilet sebab nak melepas.. Sakit perut macam mana pun mestilah kena tanggal seluar dulu kan? Takkan  melepas dalam seluar lepas tu baru masuk toilet? Kejadah?? Hah..

*Bz harini. Arghhh..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...