1 malaysia! - Tapi masih ada yang bersikap perkauman dan prejudis..

on 12 February 2011

Contoh :

Si A : Aku semangat 1 malaysia beb.. Semua rakyat tak kira bangsa bersatu padu. Memang style..
Si B : Baguslah macam tu bro.

Tak lama lepas tu...

Si A : Bodoh punya tuuttt (kaum)! Aku nak beli barang ni, tapi dia tutup kedai pulak!
Si B : Eh kata semangat 1 malaysia?

Lagi 1 contoh :

Si A : Kau tahu tak kenapa tuuuttt (kaum) lagi kaya dari bangsa lain? Sebab diaorang suka merasuah!
Si B : Eh kata semangat 1 malaysia?

Aku rasa agak kelakar bila mereka-mereka yang sibuk berkompang semangat '1 malaysia!' masih bersikap perkauman dan prejudis dengan bangsa lain.. Situasi-situasi macam ni selalu je berlaku kat tempat tinggal aku. Mana-mana tempat pun kemungkinan besar sama.. Sampai aku rasa aku nak tutup telinga je bila dengar perbualan berbaur perkauman dengan prejudis ni tapi nanti orang kata aku gila pulak..

Pendapat aku, kalau masih lagi tak boleh buang mentaliti perkauman dengan prejudis ni, baik jangan pegang semangat '1 malaysia'.. Ok katakanlah, tak perlu ambil pusing sangat pasal ni.. Tapi agak-agak apa akan jadi kalau korang bercakap macam kat contoh situasi kat atas, di dengar oleh bangsa yang korang maki kan tu? Adakah diaorang akan ajak korang lepak minum 1 table?

Silap-silap b.l.j.j (buku lima jarak jauh) hinggap kat muka.. Lepas tu apa akan jadi? Hah boleh agak kan?

Lagi kelakar, bila mereka yang beragama islam bersikap perkauman dan prejudis dengan bangsa lain.. Sedangkan dalam islam sendiri dah mengajar kita untuk tidak membeza-bezakan 1 sama lain tak kira bangsa, agama, warna kulit.. Yang ni bagi aku paling lawak tapi dalam masa yang sama aku malu sebagai saudara seagama..

Yang paling penting, apa kebaikkan yang boleh kita dapat dengan bersikap perkauman dan prejudis ni eh? Hm..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...