Antara minat dan tanggungjawap..

on 22 Februari 2011

Sebelum masuk office, macam biasa.. Aku port kat bustop depan office. Nampak 1 student sekolah ni.. "Eh dah pukul 8 lebih ni.. Dia ponteng ke apa?" Aku cuma perhati je. Nak bagi ceramah free, siapa pulak aku ni..

Tak lama lepas tu datang seorang pakcik ni. "Kau seorang je?" Student tu cuma mengangguk diselangi raut muka kerisauan.. Mungkin pakcik tu a.k.a cikgu or staff sekolah mungkin.. "Kejap lagi ada orang jemput kau" disambut dengan anggukkan murid tu lagi..

Teringat aku masa zaman sekolah dulu.. Kaki ponteng jugak.. Lagi-lagi bila sekolah aku ada event atau sekolah aku terlibat dengan sukan-sukan daerah.. Masa event-event macam ni cikgu kurang alert.. Orang kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.. Maka dengan senang-senang je aku dengan member meloloskan diri keluar dari sekolah.. Haha..

Aktiviti tika poteng - Merokok, pergi cc main game.. Bila rokok dengan duit habis, tak tahu dah nak buat apa. Balik rumah, tidur. Serius buang masa, takda faedah dan... "Harini cikgu kau ajar apa?" tanya nenek. "Harini matematik cikgu ajar teoram pithagoras!" Hm... dan dapat dosa free.

Aku pandang balik budak tu, datang 1 kereta polis jemput dia.. Muka budak tu dah cuak.. Terbayang apa akan jadi lepas ni kot..

                                                                 +++++++++++++++++++

Tanggungjawap...

.... Actually tak kiralah pasal sekolah ke, kerja ke, assignment ke, maknanya kita dah ada tanggungjawap. Kena fikir tu. Nak buat something yang kita suka, macam blog, jangan sampai terabai tanggungjawap yang lain.. Nanti bertambah-tambah masalah, kita jugak yang susah.. Kan kan? Ok sambung buat kerja..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...