Apa yang kita 'beri' pada member bila kita dah 'menerima' ?

on 27 Februari 2011

Baru je tadi aku lepak dengan 2 kawan baik masa aku study dulu. Dari melaka datang n.9 semata-mata nak jumpa member diaorang yang 'tercampak' kat sini.. Serius terharu.

Macam biasa, lelaki kalau jumpa kawan memang kat mamak je lah. Agak kelakar kalau diajak bershopping. Segala macam cerita keluar. Dari kenangan masa study sampailah ke cerita hari ni. Cuma topic yang common untuk lelaki yang belum kahwin dan takda stable job : duit, life, awek.. Takda topik ni memang tak sah.

Sebut pasal member ni, mungkin kita pernah dapat member yang memang member.. Maksud aku member yang boleh stick dengan kita tak kira kita susah atau senang. Bila duit kering, member bagi pinjam. Bila ada masalah dengan awek ke, member bagi pendapat. Bila kita sedih, kita nampak raut muka yang simpati pada kita. Bila kita happy, dia akan senyum atau ketawa. Semuanya kerana member. Member yang sanggup berkorban untuk member memang rare. Susah nak jumpa. Bersyukurlah kalau korang dikelilingi dengan member macam ni.

Tapi asyik member je yang sanggup berkorban.. Kita memang perasan dengan sifat mulia member kita ni tapi pernah tak terfikir, apa yang kita 'beri' bila kita dah 'menerima'? 'Terima kasih' bukan penutup untuk apa yang kita 'terima'. 'Terima kasih' cuma sekadar ayat untuk menggambarkan ekspresi perasaan..

Hidup ialah tentang memberi dan menerima. So cuba fikirkan, apa yang kita 'beri' bila diaorang dalam kesusahan? Apa yang kita 'beri' bila diaorang merayu pertolongan? Adakah kita ni termasuk dalam golongan yang pentingkan diri?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...