Kalaulah orang tua kita faham..

on 27 February 2011

Baru je tadi kena sound dengan nenek. Bising aku duk mengadap laptop dari kul petang sampai ke awal pagi.. Alasan dia bil 'api' (orang dulu-dulu panggil elektrik 'api') naik. Alasan aku, aku cakap aku buat kerja praktikal.

Damn! Bukan sengaja nak bohong.. Tapi kalau aku cakap aku on9 lama-lama sebab blog mesti dia kata "Apa blog-blog?? Takda faedah tu semua! Membazir 'api' ada!" Tak pun, "Tah.. Setahu wan, banting tulang 4 kerat baru boleh bagi kita duit.. Lantak kau lah.. Kau seksalah wan ni kid.." Aku on9 curi-curi pun kantoi jugak.. Adeh..

Bohong untuk kebaikkan? Seboleh-boleh sebenarnya kita patut elakkan dosa ni.. Tapi kalau terpaksa nak buat macam mana lagi..

Ya.. Biasalah orang tua duk bising-bising ni.. Diaorang risau keadaan kita sebenarnya. Takut kita terleka. Tapi, kalau korang jadi aku, apa korang buat? Macam mana nak menerangkan 'blog' ni dari a-z pada penjaga atau parents kita ni? Nak bagi diaorang faham apa pasal kita berblog?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...