Blog aku.. Bukan blog BAPAK KAUU

on 24 February 2011

Geram.. Kita memang takkan dapat lari dari dikritik cuma kritikan negatif jadi punca segala haram jadah masalah.. Lagi-lagi dalam dunia blog. Biasanya blog yang agak dikenali jadi mangsa.. Tengah kerja ni terfikir quote yang boleh kita guna untuk membidas balik kritikan-kritikan negatif tu. "Blog aku.. Bukan blog BAPAK KAUU!!"

Testimoni :

"Apasal header kau macam tu? Menyampah pulak aku tengok.. Ingat kau hensem ar??

"Eh.. blog aku.. Bukan blog BAPAK KAUU!!! Bongok!

"Erk?!! Sory... soryy.. (diselangai tangan menggigil keluarkan rokok)

Hah ni bukan nak merujuk pada ego sendiri ke hapa. Bukan alasan untuk jadi seorang yang tak boleh terima teguran atau alsan untuk taknak majukan diri. "Blog aku.. Bukan blog BAPAK KAUU", entri ni dituju kepada kaki menghentam tak guna fikiran.. Hm you can never please everybody.


Bukan nak mengeruhkan lagi keadaan cuma nak diaorang ni fikir.. Kalau nak mengkritik, kritik betul-betul.. Macam "Eh aku rasa entri kau boleh kasi menarik lagi ni. Aku ada idea" - Ada fakta serta cadangan.. Macam ni barulah betul ye dak?

Jadi kalau ada si polan yang mengkritik :

"Apasal header kau tepek muka besar-besar. Ingat kau hot/hensem??"

"Apsal macam kebudak-budakkan je entri kau ni??"

"Apsal entri kau ni ramai komen?? Aku tak nampak apa-apa ilmiah pun kat sini. Tutup blog lah woi!!"

Dan segala lagi apsal apsal.. dan apa-apa je lagi kritik murahan, respon dengan 1 ayat yang simple :

Blog aku bukan blog BAPAKKK KAUU!!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...