Surat untuk Dato'

on 24 February 2011

Masa on the way pergi makan petang tadi, aku terperasan tepi-tepi jalan penuh dengan sampah sarap.. Persekitaran kotor gila. "Diaorang rabun ke hapa tong sampah banyak terpacak tepi jalan ni?" dalam fikiran aku. Bukan apa, aku risau kalau-kalau penyakit 'Schebis' menyerang balik..


Aku rasa terpanggil untuk buat sesuatu.. Aku ingat nak antar surat kat dato' area sini ar.. Mintak tolong dia settlekan hal ni. Tukang sapu sampah pun macam nak tak nak je kerja.. Lepak mamak je aku tengok.

Hm bawah ni isi kandungan surat tu :

Persekitaran bandar kotor

Dato',

Merujuk perkara di atas dan di bawah :

1. Persekitaran bandar semakin kotor. Penduduk-penduduk terpaksa pakai topeng oksigen sebab lemas dengan bau busuk. Jalan-jalan kat town pakai topeng tak ke macam bangang?

2. Beserta surat ni, saya kepilkan sekali bungkusan gula-gula sebagai bukti bandar kotor.. Ada dalam sampul surat. Di belakang sampul saya lekatkan pulak puntung-puntung rokok.. Apa pasal lekat-lekat? Seni bai! Seni!

3. Eh Shahila sehat dato'?

                                                             
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...