Ditegur orang yang tak dikenali...

on 17 February 2011

Macam biasa, sebelum tunggu office bukak, aku akan melepaks kan diri kat busten berdepan office. Tengah syok merayau dari blog ke blog, tiba-tiba datang 1 awek ni tegur aku. Aku tak kenal pun. "Assalamualaikum.. Awak akid kan? Ingat lagi tak akak?" Ah sudah...

Macam-macam pulak dia tanya. Dari tempat tinggal, kat mana aku kerja, apa fb aku, macam-macam lagi. Ok bila jadi macam ni, aku perasan aku ni hot(hahah) bila tetiba je awek yang tak dikenali duduk sebelah borak-borak. Awek ni selalu bertandang kat tempat kerja lama aku dulu. Dia cakap dia nak berkawan. Nak kawan ok je. Aku memang tak pilih bulu. Tapi bila dia tanya je status aku, aku cakap je dah berpunya.

Hm orang tak dikenali kot.. Aku rasa macam terancam je lah. Bukan nak prejudis tapi,  takkan kita nak dedah pasal semua hal kita kat orang yang kita tak kenal..Silap haribulan, porak poranda jadinya. Kalau jadi kat korang, mungkin korang akan buat benda yang sama. Hm.. fb aku pun aku cakap dah delete. Huhu.

Hm macam tu jugak dengan gambar yang sengaja menaikkan nafsu lelaki kat fb.. Korang tak akan kenal pun semua user fb tu. Korang cuma approve approve approve.. Lepas tu letak gambar 18sx banyak-banyak.. User komen, korang bangga. Pesan aku, hati-hatilah. Nanti orang ambil gambar tu, sebarkan kat internet. Macam kat gadiscomel.com tu.. Tak ke malu kalau gambar korang tu tersesat kat web macam tu? Masuk newspaper? Kalau masuk muka depan? Haihh masak..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...