Expose! : Chocolatebest.blogspot.com

on 13 February 2011

Sedikit intro untuk ruang Expose! ni - Tujuan ruang Expose! ni ialah untuk aku review blog. Aku akan pick secara random, sama ada blog tu ada follow blog ni, atau pernah komen entri aku, atau yang secara sukarela letakkan link blog aku kat blog dia. Sebagai tanda terima kasih aku pada diaorang sebab support aku selama ni =)

Aku bukan review based on pendapat personal aku, tapi aku akan review berdasarkan pandangan sebagai trafik, dan blogger yang nak blogwalking dan nakkan bahan bacaan yang santai.

Ok blog pertama yang aku nak review ialah blog chocolatebest.blogspot.com .
                            



Simple.Dimple.Pimple : Tajuk blog ni dah menjelaskan betapa simple-nya blog ni. Kenapa aku cakap macam tu? Tengok point kat bawah ni.
  • Template : Kemas, simple, penggunaan warna biru yang lembut. Sejuk mata memandang. Biasanya penggunaan warna yang banyak, tak matching memang menyakitkan mata. Background warna putih dan warna font hitam. Memang menyenangkan trafik untuk baca.
  • Entri : Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek. Pendek kata, santai, menarik dan kita tak mudah hilang fokus bila baca entri blog ni. Setiap entri ada mesej untuk pembaca. Nice!
  • Takda widget mengarut : Maksud aku mengarut ni, widget yang tak perlu ada dalam blog dan widget yang melambatkan proses loading. Blog ni bebas dari segala widget-widget mengarut tu!
  • Sistem komen : Pop-up window dan takda word vertification. Tak menyusahkan pembaca yang nak komen. Yeah that's cool.
4 point ni dah cukup untuk aku buktikan betapa simple-nya blog ni. Simple bukan simple yang kosong tapi berisi! Baik dari segi luaran dan dalaman, memang memuaskan hati. Blog ni korang patut masukkan dalam list blogwalking korang sebab load yang laju dan blog ni berbaloi untuk dijadikan bahan bacaan sebab entrinya yang menarik.

Ada sesiapa lagi yang nak tambah? Bagitahu kat kotak romen komen kat bawah ni ek.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...