Betul ke cara komen tu?

on 14 February 2011

Bagi aku komen ni salah 1 sebab untuk kita terus bertahan dalam dunia blog. Kalau takda komen rasa macam kita ni syok sendiri je. Bila kita menulis tentang sesuatu sememangnya kita mengharapkan feedback supaya kita tahu adakah penulisan kita tu, memberi manfaat pada pembaca atau tak. Tapi yang mengecewakan bloggers bila dapat komen yang bukan 'komen'. 


Contoh komen yang bukan komen :
  • Spam link : Memang tak baca langsung entri. Tujuan cuma nak promote link. Bagi aku, blogger macam ni tamak dan cuma fikirkan kepentingan 1 hala je. Sory kalau ada yang terasa.
  • Komen tapi takda kena-mengena dengan entri/lari topik : Jenis baca entri tak habis. Tujuan komen 'asal boleh' je. Katakanlah entri tu penuh dengan idea/ilmu, tak ke rugi baca tak habis? Masa tak cukup? Alah, spent time 5 minit baca, 2 minit drop komen. Total 10 minit je kita peruntukkan. Bukan 10 jam.
                                                                    ++++++++++++++++

Dari komen tu sendiri boleh mencerminkan sebahagian diri blogger tu sendiri. Kenapa aku cakap macam ni? Fikirkan dari 2 perspektif - Sebagai blogger yang dapat komen macam tu dan sebagai peng-komen yang dropkan komen yang bukan 'komen'.

Kalau ada yang spam link kat kotak komen korang, atau komen tapi takda kena mengena dengan entri/lari tajuk, mesti dalam fikiran korang rasa bengang dan segala macam andaian negatif timbul pada blogger tu kan? Untuk yang drop komen macam tu, korang rasa blog korang akan diterjah balik tak?

Back to basic. Kenapa kotak komen tu wujud bawah entri? Kenapa bukan kat sidebar atau kat footer ke? 1 jawapan je. Sebab untuk kita komen based on entri. Jadi kalau nak komen, baca entri sampai habis, fahamkan dan komen betul-betul.

                                                                     +++++++++++++++

Bukan aku nak emo ke apa, tapi sekadar mengingatkan. Janganlah jadi peng-komen berkonsepkan 'asal boleh' je. Lama-lama orang menyampah dengan kita dan tak mustahil keseronokkan berblogging perlahan-lahan hilang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...