Kan best kalau dunia blog ni..

on 16 February 2011

Setiap pagi bila sampai je town, aku akan melepaks kan diri kat 1 busten ni sambil tunggu office bukak. Tempat aku lepak tu sebelah-sebelah je dengan port teksi. So situ jugaklah pemandu-pemandu teksi ni port. Apa yang best bila aku perhati diaorang ni, tanpa kira pasal kaum diaorang saling tolong menolong, gelak sama-sama, susah sama-sama... Tak pilih bulu, takda nak berpuak-puak. Hm macam nilah bagus..

Bila tengok diaorang macam tu, aku pulak tersengih sorang-sorang. Rasa macam orang gila pun ada. Tapi entahlah, aku memang macam ni bila tengok orang lain happy sokmo. Orang happy aku pun tak pasal-pasal rasa happy walaupun aku tak kenal orang tu. Macam tu jugak dalam dunia blog ni.

Kan best kalau dunia blog ni sama macam apa aku nampak tu.. Takda nak benci-benci, dengki, mengutuk.. Tu semua penyakit dalam dunia blog. Apa yang kita dapat dengan benci dengki mengutuk tu eh? Siapa kita ni nak berdengki? Siapa kita ni nak membenci? Siapa kita ni nak mengutuk-ngutuk? 'Besar' sangat ke kita ni?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...