Kosmo : Klik air facebook

on 18 Februari 2011

KRISIS air di negara-negara mundur menjadikan rakyatnya bukan sahaja tidak mempunyai capaian kepada air bersih, bahkan terdedah kepada pelbagai penyakit merbahaya.

Perangkaan Majlis Air Sedunia mendedahkan, 1.1 bilion penduduk dunia tidak mendapat bekalan air yang selamat diminum manakala 2.6 bilion lagi hidup tanpa kemudahan loji pembersihan air yang sempurna.
Justeru, BROS dan World Vision Malaysia bergabung melancarkan kempen kesedaran mengenai krisis air di Facebook melalui projek Klik Air. Orang ramai hanya perlu menekan butang 'Like' di Facebook BROS yang bernilai 50 sen bagi satu klik.

Ketua Pegawai Eksekutif World Vision, Liew Tong Ngan berkata, laporan sama juga menunjukkan sebanyak 1.8 juta penduduk dunia mati setiap tahun akibat penyakit cirit-birit yang berpunca daripada bekalan air tercemar dengan 90 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.
"Oleh itu, kami mengambil inisiatif bersama melancarkan projek Klik Air di laman sosial Facebook supaya komuniti dalam talian dapat sama-sama menyumbang," katanya.

Menurut beliau, bermula 14 Februari ini, setiap klik pada simbol Like di laman Facebook BROS iaitu www.facebook.com/brosnews, BROS akan menyumbang 50 sen untuk membeli dua sistem rawatan kumbahan dan sistem bekalan air untuk masyarakat yang memerlukan di Vietnam.

"Sasaran kempen menerusi laman peminat BROS ini adalah untuk mendapatkan 20,000 klik pada simbol 'Like' bagi membolehkan sebanyak RM10,000 digunakan untuk membina dua sistem air dan rawatan kumbahan itu. - lebih lanjut : Kosmo


Hah ni baru betul niat guna facebook. Tak ada apa yang merbahaya pun.. Pengguna tu sendiri yang 'bahaya' sebenarnya.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...