Bukan senang nak berjaya..

on 18 February 2011

Hari ni menu makan tengah hari - roti gardinia 60 sen 2 bungkus. Cukup-cukup untuk buat alas perut je.. Duit bukan takda cuma kena saving.. Ah telan air liur je la aku hari ni tengok orang makan sedap-sedap..

Masa kerja ni pulak, lappy buat hal.. Lappy aku tak macam korang. Spec hebat-hebat.. Lappy aku ayam je. Ram kecik, hardisk kecik, takda kad grafik. Lepas tu guna windows vista (produk windows paling gagal). Nak format pulak takda masa. Bila buat kerja grafik, memang sentiasa hang lappy ni. Mana taknya, rendering benda yang berat-berat..

Hm hidup ni memang macam-macam dugaan.. Yang membezakan kita, semangat 'taknak mengalah'. Bukan semua ada semangat ni..

Macam tu jugak dengan dunia blog, bukan mudah nak berjaya.. Takkan ada jalan singkat. Ragam, masalah banyak. Hati kena cukup kental nak adap semua tu..Kalau dalam hati rasa nak giveup, masa tu memang kita dah 'gagal' dah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...