3 kesilapan dalam berkongsi tips/tutorial

on 18 Februari 2011

Prestasi celcom broadband still lembap macam siput lagi ni.. Hish.. Nak blogwalking memang tak lepas..  Broadband memang sucks.. Lepas ni aku ishtiharkan gelaran baru : Broadband dimensi siput jenis 'c'.. Erti lain, luaran je nampak cambest.. Tapi dalaman hampeh..

Entri ni bukan nak menghentam.. Hm banyak blog yang bagus baik dari segi template dan dari segi entri. Kita cerita pasal entri. Rata-rata blogger mesti sumbatkan tips/tutorial sebagai entri. Sharing is caring which is good, tapi apa gunanya berkongsi tanpa memberi sebarang resolusi/jalan penyelesaian? Apa gunanya berkongsi kalau maklumat tu sekadar tangkap muat jeww?

                                                              ++++++++++++++++++++


Jadi sini aku listkan kesilapan-kesilapan blogger yang berkongsi tips blogging ni. Moga-moga kita tak buatlah kesilapan yang sama dan pisang tak berbuah 10 kali..

3 kesilapan dalam berkongsi tips/tutorial :

Jangan buat personal entri kalau nak orang baca : Jadi nak buat entri yang macam mana supaya orang baca? Tak pernah pun nampak blogger yang post entri jenis macam ni bagi cadangan untuk selesaikan masalah ni. Jadi macam manoo??

Pendapat aku personal entri tu penting.. Untuk elakkan kita buntu sebab cerita benda yang sama... Yang membezakan ialah cara penyampaian dan ada mesej-mesej yang nak disampaikan.

Buat tutorial yang tak difahami 100% : Ni lagi 1 masalah. Sila fikirkan trafik yang akan menggunakan tutorial yang akan anda buat ataupun tutorial yang anda dah buat. Kalau timbul masalah nanti, dapat ke kita tolong kalau kita sendiri pun tak faham 100%?

Lama-lama trafik akan cop blog kita blog penipu. Jadi kepercayaan trafik pada blog kita akan menurun.

Tutorial dan tips yang tak kena dengan tempat : Bercerita pasal macam mana nak edit template supaya lagi cantik, ringankan blog, tapi template blog sendiri berterabur, blog pun lambat loading. Jadi dari sini trafik akan rasa apa yang korang sampaikan just action speak louder then words.

Jadi sebelum menyampaikan ilmu tu, pastikan yang korang dah buat dulu, baru berkongsi dengan trafik. Atas sebab ni jugaklah korang takkan jumpa tips/tutorial macam mana nakkan ranking alexa atau pagerank kat blog ni (buat masa ni)
                               
                                                       ++++++++++++++++++++


Jadi hati-hati kalau nak berkongsi sesuatu tu. Jangan main ikut sedap hati dan jari. Jangan semata-mata pasal trafik je. Jujur dan ikhlaslah bila berkongsi.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...