Mana perginya 'keseronokan' dalam berblogging?

on 05 Februari 2011

Aku ni tensyen atau seronok bila berblogging ni? - 1 persoalan yang aku rasa patut kita sebagai bloggers fikirkan .. Dalam kesibukkan mengejar trafik, nak naikkan earning blog, aku rasa ramai dah lupa perkataan 'seronok' bila berblogging ni.

Bab sibuk mengejar trafik ni, sebabkan takda idea ada yang sampai paksa-paksa jugak diri update entri. "Kalau tak update, trafik jatuh woo.." Ok tu memang betul. Update update jugak.. Tapi bila dah paksa diri, maknanya apa yang ditulis bukan kerana niat ikhlas nak berkongsi. Jadi entri tu takda pengisian dia ... Bila paksa diri jugak, fikiran boleh jadi stuck, buntu dan secara automatiknya kita jadi tensyen.

Bila dah tensyen, seronok ke nak berblogging?

                                                          __________________________


Bab nak naikkan earning blog - 1 cara yang mudah : Blogwalking. Takda apa yang salah kat sini sebenarnya tapi bila blogwalking tu, pernah tak kita spent time 1-2 minit baca entri blog yang kita singgah tu? Sibuk macam mana pun takkan tak boleh luangkan 1-2 minit kan? Alah, 1-2 minit je .. Bukan 1-2 jam .. Tak komen atleast baca. Tak leceh pun kan? Aku berani jamin pasal bab baca ni yang paling jarang-jarang blogger buat.

Blogwalking, tinggalkan link pastu blah. Kat sini kita dah hilang keseronokan berblogging sebenarnya ... Kena pulak kita blogwalking kat blog yang nampak je 'biasa' tapi sebenarnya entri-entri kat blog tu penuh pengisian, walaupun nampak macam entri personal .... Jadi sini siapa yang rugi? Penulis tu ke? Dak aih ...

Eh hangpa tak seronok ka dapat info/ilmu free depan-depan mata ni? Bila hangpa nak cari info/ilmu hangpa tak jumpa tapi bila info/ilmu ada depan mata hangpa buat-buat 'buta'. Haa... Sampai keluaq bahasa penang dah ni.

                                                         ___________________________


So apa kata ambil masa sedikit dan fikir-fikirkan perkara ni? 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...