Dari buat benda yang sia-sia, baik beramal..

on 20 February 2011

Aku terharu.. Sejak dari pagi sampai sekarang tak hilang lagi..Bila tengok Kosmo tadi Dato Siti dah bina masjid. Bukan rumah baru, bukan shopping complex, bukan pusat sosial, tapi masjid! Sebagai saudara 1 agama aku gembira dan bangga.. Ikhlas.

Sebagai seorang yang beragama islam, kita dituntut untuk melakukan amal jariah semampu yang kita boleh, selagi kita masih bernafas kat dunia ni.. Cuma pernah tak kita tanya diri apa amal jariah yang pernah kita buat untuk negara, mereka-mereka dalam negara, dan paling penting, agama? Kat mana kita nak bermula? Bila? Duit? 1 masalah ke? 1 soalan yang aku rasa patut kita fikir..

Alah tak payah pandang jauh-jauh.. Dari blog ni pun kita boleh beramal apa.. Luaskan fikiran, ada je lubang dia.. Dari jadi tempat membenci, baik jadikan salah 1 tempat beramal. 1 sen duit kita pun tak keluar betul.. Pahala dapat, lagi untung dari buat kontroversi. Betul kan..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...