Segmen tak kenal maka tak cinta

on 20 February 2011

Menjawap tag dari cik Yaya. Segmen dari Nuru Ashia - Unik aih nama ni.






Detail diri (nama, umur, education level, asal, status)

Nama : Muhammad akid b. azami (Akid atau Kid)
Umur :  22 yes old.
Asal   : Asal ke berasal??? Hah.. Lahir kat Melako pastu mombosar kat 1 negori dimano Zackzukhairi jugo berado. Semua awek minat kat dio jo! Monyampah den..
Education : Diploma in multimedia. Tapi aku tak minat pun sebenarnya. Tujuan aku sambung study sebab dah boring gila 4 bulan terperap kat rumah.
Status : Tengok lah apa aku taip kat fb aku =P (1st time aku guna ikon -.- )

Cerita sedikit pasal kesayangan kamu (parents/pet/lover)
Parents : Diaorang dah takda dah.. Sekarang doa je yang jadi 'sms' aku kat diaorang :)
Pet : Tuala wanita ke? Aku teruna lah!!
Lover : Sudah buat haluan masing-masing. Cinta pertama tak semestinya menjadi. Kadang-kadang kita lupa Tuhan temukan kita dengan cinta pertama hanya untuk mematangkan fikiran kita. Sekarang ni cinta aku hanya menaip =D Oh ada lagi, mak dengan ayah korang loves me lah. Diaorang nak jadikan aku menantu. Eh eh, lagi 1, kalau aku cakap anak N.D Lala ajak aku date, korang percaya tak?

Story about your blog (usia blog, topik blog, kelebihan blog)
Usia blog : Dekat 8 bulan lah kot.. Aku pun tak sure sangat. Tapi setiap kali aku bukak je blog, aku rasa aku macam baru 1 hari buat blog. Banyak sungguh ilmu yang membuatkan aku rasa macam tu.
Topik blog : Bukan personal tapi bebas. Bebas untuk bicara segala-gala yang bermain kat fikiran, apa yang terbuku di hati dari persepsi seorang insan yang bernama Akid azami.
Kelebihan : Entahler.. Terpulang pada pembaca untuk menilai.

Pandangan mengenai dunia blog(pandangan blogger yang kamu follow)
Pandangan mengenai dunia blog : Yang aku nampak sekarang makin ramai nak buat blog lagi-lagi isu blogger jutawan keluar kat akhbar hari tu. It's money that drives them. Aku faham.. Siapa tak suka duit? Tapi takpa, dalam sebulan dua diaorang akan tahu jugak bukan dengan post entri je duit dah boleh masuk.

Nak jadi blogger senang. Tapi nak jadi blogger yang berjaya, sebenarnya banyak teka-teki dan misteri yang kita sendiri kena selesaikan..


Message for new blogger
Sawadikapp..!

Cara untuk jadi blogger famous ikut pandangan kamu?
Erk jangan tanya aku pasal ni. Aku tak famous pun lagi jadi takda apa nak dikongsikan. Nak tahu cara jadi blogger famous pergi je blog famous dan teliti apa diaorang buat. Tak pun jadi artis dulu, pastu baru buat blog. Memang meletup walaupun cerita kau - "Hari ini i korek hidung.. 5 bulan i tak korek.. Hik hik!"

Next people you wanna tag 
Aku tak tag siapa-siapa sebab tahu dah memang tak buat punya. Siapa yang baca ni, anggap aku tag korang lah ye..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...