Siapa kita ni nak...

on 20 February 2011

Baru je kejap tadi aku menjeling sekejap kat t.v. Rancangan mentor. Adalah seorang peserta ni, tujuan dia masuk mentor tu untuk membias balik hinaan orang kampung terhadap dia. Tapi sayang dia gagal masa audition.

Bila dia cakap apa yang jadi kat dia, terus Rahim Maarof sound orang yang hina peserta tu. Masa audition tu jugak..! Kalau yang menghina tu tengok mentor, mesti diaorang tengah ternganga sekarang ni.. Aku pun macam terkejut jugak tadi.. Aku ingat Rahim Maarof nak buat pengumuman Raya..

Fikir-fikir balik, betul apa Rahim Maarof tu cakap.. Siapa kita ni nak menilai seseorang tu? Berhak ke kita nak menilai buruk baik seseorang tu? Siapa kita nak menghentam seseorang tu? Persoalan yang boleh kita guna pakai dalam dunia blog jugak..

Kalau kita tengok blogger tu macam... buat something yang salah/tak menyenangkan hati kita, janganlah terus menghentam.. Janganlah terus memfitnah.. Janganlah terus buat entri pasal blogger tu! Sebab masalah memang takkan selesai.. Hulurkan tangan, bimbinglah diaorang.. Gunakan akal bila berbicara..

Sebab kita saling memerlukan.. Takda diaorang, kita pun takda. Macam tu jugak sebaliknya..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...