Dari fikir duit, baik kita fikir macam mana nak selesaikan misteri ni

on 20 February 2011

Aku nak kongsi lagi dengan korang - persoalan-soalan yang patut kita fikir kalau betul-betul serius dengan blog.. Dari kita fikir bila earning nak naik/bila nak dapat BE, baik kita selesaikan teka-teki ni.

Paling aku tak tahan, bila dapat je 1 jawapan dari salah 1 soalan ni, sebenarnya jawapan tu boleh jadi soalan jugak. 1 jawapan tu jugak boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa peringkat lagi. Fuhh..

So mari kita berfikir sampai botak kepala kita.

1. Macam mana nak ramaikan pembaca?

2. Macam mana nak tambat hati pembaca supaya pembaca tu jadi pembaca setia blog kita?

3. Macam mana nak buat pembaca yang baru pertama kali berkunjung ke blog kita datang semula ke blog kita esoknya?

4. Macam mana dari 1 pembaca blog kita boleh hasilkan lagi ramai pembaca?

5. Entri yang macam mana dapat tarik perhatian pembaca?

6. Ada beratus ribu blog atau mungkin juta blog ada sekarang ni.. Macam mana nak buat blog kita standout dari beratus ribu/juta blog tu?

7. Macam mana dengan taktik promosi blog selain segmen, kontes, ping entri, SEO?

Soalan ni bonus hujung tahun dari abang kental kita.. Siapa?? Alah.. Korang kenal punya.. Clue : Dia ada six pack!! Ahah.. Ni teka teki dia :

8. Hakim ada 1 produk. Macam mana nak war-warkan pada orang ramai sedangkan produk tu sama je?


Hm fikir-fikir..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...