Space bar 2 kali

on 23 February 2011

Boring.. Tak tahu dah apa nak buat maka aku menggerakkan diri ke cc. "Surf internet, layan counter-strike 3-4 round cara gak" dalam fikiran aku. Sekali jumpa member.., asyraf yang terkenal kat sini dengan gaya rambut belah tengah ala-ala Tomok zaman new boyz dulu.. Menyampah aku tengok..

Asyraf : Oi kiddd! Opppp! (sambil angkat tangan)
Aku    : Assalamualaikum! (suka sangat tak bagi salam dia tu)
Asyraf : Er.. Weh jom fight counter-strike dengan aku??! Ada bran??!!
Aku    : Takda hal!!

Sebabkan dah dicabar, terus aku double klik ikon counter-strike kat dekstop. Terus lupa niat nak cuci mata kat fb.. Selang beberapa minit..

Asyraf : Weh password apaaaaaaa???!!

Memang cc kat sini kuno. Nama cc pun Extreme cyber cafe, memang extreme.. Headphone takde. Pakai subwoofer teruss.. Volume pulak putaq kasi habis..Kalau korang masuk je cc ni, dah macam kita pergi gig/konsert/clubbing feel dia. Bunyi game, bunyi lagu. Lagu pulak, semua bantai techno. Punyalah bising.. Bila kita nak bercakap memang kena menjerit ar..

Asyraf : Weh password!! Passworddddd!!
Aku    : Ar! Spacebar 2 kaliii!!
Asyraf : Wei tak dapat pun?!!
Aku    : Spacebar 2 kaliiii!!
Asyraf : Tak dapat arrrr!!
Aku    : Spacebar 2 kali, 2 kali!! Pekakkkkk!!!
Asyraf : Spacebar 2 kali lah ni aku masukkan!! Tak dapat!!!!
Aku    : Masukkan? (dalam hati) Masukkan kejadahnya?!!!
Asyraf : Aku taip 'spacebar 2 kali' lah niiiii!!!
Aku    : .................?!!

                                                                    ++++++++++++++++++++

Aku ingat dia tahu maksud aku.. Bukan taip tapi tekan spacebar 2 kali. Sekarang siapa silap ni? Aku atau dia? Hm ada ke nama password spacebar 2 kali?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...