Kosmo : Rugi besar diperdaya kasanova

on 23 Februari 2011

KUALA LUMPUR - Taktik licik seorang lelaki kasanova yang hanya menggunakan air liur dan wajah tampan untuk memikat wanita dapat memperdayakan golongan hawa itu supaya menyerahkan wang kepadanya.

Suspek yang dikenali sebagai Ken Isaac, 31, itu akan berkenalan dengan mangsa melalui Internet atau rakan. Selain menggunakan ayat cinta, suspek yang berpakaian kemas itu akan memberitahu yang dia merupakan seorang ahli perniagaan untuk membuatkan wanita tersebut jatuh cinta kepadanya.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang termakan kata-kata tersebut kemudian akan diperdaya suspek yang mengada-adakan pelbagai cerita sedih supaya mangsa berasa simpati dan menyerahkan wang kepadanya.

Difahamkan, dalam sehari suspek mampu memperoleh sehingga RM1,000 dan jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan mangsa yang ditipu sebanyak RM26,000 - Kosmo

Jangan mudah percaya orang yang baru dikenali!! Dang!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...