Aku lalok lagi..

on 22 March 2011

Hari ni macam pelik. Aku pun tak tahu kenapa. Dari pagi tadi aku rasa macam tu. Sebab dari pagi tadi orang duk pandang aku semacam.  "Ah pehal pulak ni.." - dalam hati.

Masuk waktu lunch, dah simpan lappy aku keluar dari opis. Eh benda yang sama jadi jugak?? Apsal orang duk pandang aku semacam ni?? Aku dah usha muka kat cermin toilet opis. Takde pulak petanda aku hensem hari ni. Macho? Cute? Jambu? Jauh sekali.

Masa aku kat mapley, kelihatan segerombolan gadis masuk kedai. Aku tengok diaorang order makan macam tak melantak 10 hari.  "Laparlah agaknye ni.."- fikir aku. Aku sambung mencekik balik. Tetiba aku rasa macam ada orang pandang. Aku cari siapa. Rupaya segerombolan gadis tadi. Kali ni semua pandang aku! Hm ini tidak rasional sama sekali. Tak pernah sekali pun benda macam ni jadi kat aku.


Biasanya lepas makan aku lepak dulu mapley tu. Pekena rokok sepam dua pam baru gerak. Tapi sebabkan aku tak boleh blah dengan situasi cenggini, habis je makan, aku bayar terus blah. Dalam perjalanan, orang still pandang aku 1 macam.

"Wah apa sebenarnya semua ini??"

Aku tengok diri aku. Cuba mencari apa yang unsualnya pada aku hari ni. Tengok punya tengok..

Ok aku patut masuk toilet sekarang. Pakai baju terbalik!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...