Kenapa lelaki suka tengok perempuan pakai seksi?

on 22 March 2011

Weh tu tu, kau tengok depan tu.. Barang baik sial! Ushh.... Macam tak pakai baju dah! Halamak cuci mata habis kita kali ni!! - ni antara apa yang lelaki sebut bila nampak pompuan seksi. Dan perempuan akan cakap lelaki memang suka tengok perempuan seksi. Hm ye ke?

Kenapa tak fikir macam ni : Apa yang buatkan lelaki tu suka tengok perempuan seksi? Maka jawapan dia ialah bermula dari perempuan tu sendiri! Haa bukan nak blame pompuan cenggini tapi cuba fikir. Pakai seksi, then berjalan-jalan kat bandar. Orang sekeliling pakaian dia biasa je. Tapi perempuan ni pulak pakai seksi. Ada kontra kat situ. Jadi mestilah orang pandang! Memang takleh nak elak dah. Ni baru 1 sebab.


Ok apa kata fikir pulak kenapa perempuan suka pakai seksi? Takde sebab lain kecuali nak menunjukkan aset yang ada atau nakkan perhatian. Kalau nak menunjuk atau nakkan perhatian tu, bermakna nak orang pandang kan? kan? Haa.. Pasal seksi tu cantik? Ler.. Pakai baju kurung, bertudung dah cun dah cantik dah! Oh outdate eh baju kurung dengan tudung. Jadi sebab apa eh? Panas? No! Jangan bagi alasan mengarut! 

Kalau kita tengok dari segi agama, memang dah terang-terang melarang pemakaian tak tutup aurat. Sebab apa? Sebab taknak jadi macam tajuk entri nilah. Lagi 1 maksud tersirat dia, salah 1 cara nak elak dosa ialah saling bekerjasama. Contohnya kalau kawan tinggalkan solat, kita tegur. Kalau dalam hal ni, perempuan kena tutup aurat, supaya lelaki boleh 'jaga' apa yang dia lihat. Macam tulah lebih kurang..

Kesimpulan dia, kalau tak suka lelaki tengok jangan pakai seksi. Okeh? Boleh gitu?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...