Guwa sudah bertukar domain

on 22 March 2011

Sekarang ni takde tulangberapi89.blogspot.com lagi eh.. Lepas ni nak masuk je blog ni, taip je alamat yang tertera kat web browser anda. Yehaa!

Cerita sikit ah bab domain ni. Domain ni termasuk dalam bab penjenamaan. Aku dah takleh pandang ringan lagi dah bab ni. Serius aku dah rugi banyak dengan domain blogspot.. Macam ada beberapa member aku nak masuk ke blog aku ni tapi dia takde blog. So jalan dia just masuk direct dari search engine. Tapi dia tak dapat masuk. Aku tanya kenapa, dia kata url blog aku panjang, susah nak ingat. Huh.. Ni baru 1 contoh. Ada banyak lagi sebab sebenarnya kenapa kita kena tukar domain ni.

So motif kita tukar ke .com ni ialah supaya orang senang nak ingat. Tengok sekali je domain tu, dah ingat. Bila diaorang dah ingat, diaorang tengok sekali je dah cam tu blog siapa. Bermakna penjenamaan dari segi luaran blog tu dah berjaya.

Kalau korang ada duit, tukar je url blogspot.com tu ke .com. Macam aku punya tu, Rm30 setahun. Aku beli kat ihosterz. Ni bagi sapa-sapa yang dah tersilap pilih nama kat blogspot. Kalau url kat blogspot tu panjang, berbelit, susah nak ingat better tukar. Tapi kalau url blogspot yang senang nak ingat, kalau nak tukar lagilah amat molek.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...