Terima kasih dan perihal Expose!

on 11 March 2011

Terharu.. Ucapan terima kasih datang dari blogger-blogger yang aku review blog diaorang untuk ruang Expose! blog ni. Sama-sama ye kawan-kawan..

Apa kejadahnya Expose! ni? Rancangan tv ke?? Actually Expose! ialah ruang untuk aku review blog-blog yang aku pick secara random. Blog-blog tu sama ada pernah komen entri-entri aku yang tak seberapa ni, yang ada follow blog ni,  atau yang letak link blog ni kat blog diaorang atau blog yang tak follow, tak komen tapi menarik bagi aku..

1 lagi tujuan, sebagai tanda terima kasih aku pada diaorang-diaorang yang support blog ni, nak merapatkan lagi hubungan antara bloggers dan nak expose blog-blog diaorang pada trafik yang datang ke blog ni.

Walaupun aku tak menjanjikan trafik yang lebat, tapi atleast aku dapat dedahkan blog-blog ni pada trafik yang datang ke blog ni.. Bila trafik tu klik link blog yang aku promote, dan kalau blog tu ada 1 entri yang best, sah-sah trafik tu akan klik button follow.  Mungkin jugak trafik tu jadi pembaca setia blog tu? Hm kira oklah untuk permulaan kan?


Blog-blog yang dah direview :

bini aku




bini no.2

bini no 3

bini no 4

Er.. ni tukang kebun

Bagi aku, dalam dunia blog tak perlulah kedekut.. Tak kiralah kat mana tahap kita, cuba tengok kiri kanan.. Mungkin yang ada kat kiri dengan kanan tu yang selalu support kita dari belakang.. Jadi apa yang perlu kita buat, ajak diaorang 'berjalan' sekali dengan kita. Kongsi apa yang kita ada walaupun apa yang kita ada tu sikit je.. Takde diaorang ni, tak jadilah kita macam sekarang, esok, dan akan datang.. Ah tak rugi apa-apa pun berkongsi ni..

Hm lepas ni Expose! aku akan buat dalam skala yang besar..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...