Orang lain pun bayar jugakla!

on 11 March 2011

Habis je waktu kerja, terus aku menuju ke busten. Buat masa ni bas jadi transport utama.. Sebab murah. Nak cuci mata pun senang. Ops.. Tapi yang buat menyirap, bila ada penumpang perangai macam cilake.. Tamak! Pentingkan diri sendiri! 1 seat dia sorang je nak qonquer. Hish..

Kalau barang banyak, saiz badan besar takpe. Orang tengok pun faham. Tapi kalau bukan macam tu, orang tengok sakit hati. Tak pasal-pasal kena berdiri, berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain.. Orang lain pun bayar jugakla oi!

Tamak, pentingkan diri.. Kalau kita tengok orang sekeliling kita, ramai yang berperangai macam tu.. Susah ke nak ubah perangai ni? Dapat apa ek dengan perangai tamak, pentingkan diri ni? Tak faham aku..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...