Kosmo : 100 rakyat Malaysia selamat

on 12 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Jepun disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Ahmad Rozian Abdul Ghani.

"Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini (Jepun) dah sahkan mereka selamat. "Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini," katanya semalam.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 67 orang adalah pelajar iaitu 43 orang di universiti di Miyagi, 18 orang di Iwate dan enam orang di Aomori.

Ujarnya, pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan - Kosmo

Kawan semua, mari kita berdoa mangsa-mangsa gempa bumi yang lain selamat dan kurang nyawa terkorban. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari sini.. Kena sentiasa sedia sebab malang memang takde bau.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...