4 hak sebagai blogger yang tak relevan dipertikaikan

on 13 April 2011

Fanboy














Tak semua yang kita buat dapat puaskan hati semua orang. Macam tu jugak dengan blog ni. Aku tengok hak sebagai blogger banyak dipertikaikan oleh sesetengah pihak (blogger jugak).

Antara perkara yang dipertikaikan :

1. Update lebih dari 1 entri sehari
2. Bloglist
3. Segmen/contest
4. Entri sampah (tak menggasak kepala berfikir, takde kualiti, takde ilmiah)
 
Point 1, 2 dengan 3 - Termasuk dalam kategori cara blogger berblog. Aku bukan nak jadi bonzer backup blogger-blogger yang amalkan cara/teknik berblog macam ni. Apa yang aku nak ketengahkan kat sini ialah setiap blogger bebas guna cara apa sekalipun bila berblog asalkan bukan sesuatu yang bersifat 'jalan pintas' atau sesuatu yang menyalahi undang-undang atau menyentuh sensitviti sesetengah pihak.

Point 4 - Takde siapa-siapa pun yang baru berblog tiba-tiba je dah boleh karang entri yang berkualiti/ilmiah. Semuanya bermula dari zero. Umpama membaca. Kalau tak belajar mengeja, macam mana nak membaca? Macam tu jugak dalam hal ni. Benda ni memang ambik masa untuk study. So common sense lah dan tak perlulah hentam/perli/kutuk.

Simple je hal ni. Tak suka, jangan baca.  

Kalau difikir dalam-dalam, sebenarnya takde sebab untuk pertikaikan hak sebagai blogger ni.. Apa yang mereka buat, tak menyusahkan sesiapa pun. Jadi kenapa nak bising-bising? Tak suka, jangan pandang jangan masuk jangan baca.

2 soalan yang perlu difikirkan - LAYAKKAH kita ni nak pertikaikan cara mereka berblog? UNTUK apa kita pertikai cara mereka berblog?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...