Jangan biar komitmen jatuhkan prestasi blog

on 12 April 2011

Bagi blogger separuh masa, masalah yang sering jadi isu : masa. Sebab terikat dengan jadual komitmen yang ketat sampai tak punya masa yang cukup untuk berblog.. Mana nak pikir idea lagi, nak taip lagi.

Dulu masa aku jadi waiter, masa yang ada cuma waktu malam ( ada 3,4 jam je ) untuk blog. Tensyen gila masa tu tapi alhamdullilah aku dapat jugak update blog lepas aku praktikkan cara kat bawah ni :

                                                            ++++++++++++++++++


Curi masa
Masa kerja/dalam kuliah tu, curi 2,3 minit fikir idea dan kalau guna pc/lappy masa tu, terus taip. Yang takde tu, ambil je sehelai kertas. Fikir, dapat idea > catit.

Tangkap idea yang tetiba muncul
Ni bahagian paling kritikal sekali aku rasa. Sebab kita tak tahu bila idea sekali lalu ni muncul. Kadang-kadang tengah berak idea boleh muncul. Kanina. Jadi better standby kertas dengan pen untuk catit idea tu. Tak pun taip dulu dalam phone.

Buat entri pendek je
Korang cuma ada waktu malam je untuk blog. Tu pun lagi beberapa jam sebelum korang tidur. Idea dah ada, tapi masa pulak tak cukup. Jalan penyelesaian dia, buat entri pendek. Pendek dan berisi.

Bahagi-bahagikan masa
Contohnya 1 jam pertama untuk blogwalking (kalau korang kaki blogwalking), 3 jam lepas tu untuk entri baki lagi 1 jam lagi, promote je entri korang kat fb. Boleh adjust sendiri ikut kesesuaian korang.  

Standby entri
Bila korang betul-betul free, taip banyak-bantak entri. Tapi jangan post! Biar berlambak-lambak dalam draft. Ini untuk stock entri okeh? Agak-agak kalau terlampau bz, set entri-entri tu ke autopost. Jadi blog tak 'mati'
    Ranking: 5

    { 0 comments... read them below or add one }

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...