Entri sampah?

on 11 April 2011

Jalan-jalan sambil korek idung kat GB tadi, aku ternampak topik yang dibukak oleh Lekat lekit girl yang bertajuk "Apa itu entri sampah?"

Kalau hangpa tengok feedback kat situ, dioarang kata entri merepek-repek/merapu tu entri sampah. 

Pada pandangan aku yang daif ni, gelaran entri sampah datang dari mereka yang.. nak semua blog perlu ada 1 'warna' je.. Biasanya mereka-mereka ni label entri personal 'entri sampah'.

Bagi aku definisi entri sampah tu tak wujud sebab bila kita fikir balik, mana boleh semua perlu sama sebab setiap blog entrinya ditulis oleh individu yang berlainan pendapat, berlainan buah fikiran, berlainan kehendak (blogger tentukan blog dia sendiri). Lagi 1 pengalaman pun main peranan. Pengalaman setiap individu berbeza.

1 kedai buku yang mana kalau semua buku dalam tu isi kandungan dia berpandu pada 1 konsep je memang bosanlah. Betul tak? Silap-silap customer pun tak hingin masuk kedai tu..

Ok apa pendapat korang pasal entri sampah ni? Nak tahu jugak pendapat korang =)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...