Bila bosan kat rumah, aku berjimak

on 23 April 2011

Ini hari anna cutilah cuti! Tapi macam biasa, selain berblog aku tak tahu nak buat apa.. Komik ada 20 dozen dalam almari tu pun semuanya dah diulangkaji balik! Bila tak tahu nak buat apa kat rumah, maka aku pun 'masuk air'.

Pandang dinding pandang siling pandang lantai, termenung dalam jamban, korek hidung, facial (i ber-facial tawww), tengok muka kat cermin kot-kot ada lebihan misai, tengok tibi.. Mencekik melebihi super batasan (tapi body i tetap maintain slimmm.. Nak tahu rahsia?) Hm. hm.. apa lagi eh?

Oh! Berjimak!! Haha ni feveret aku.. Tiap-tiap hari aku berjimak walaupun belum kahwin! Gasak ah korang nak kata apa pun.. Sebab nikmat dia.. Ushh tak tercapai dek akalmu. Seriuss... Huh apsal muka korang macam pelik?




 


Haa nilah pasangan jimak aku. Gitar! Keh keh... Tah apala korang pikir tadi kan? Gitar squire stratocaster peneman dikala kesunyian/tika buntu memikirkan idea untuk entri. Dari lagu keras ke lagu lembut semua aku balun dengan gitar ni.

Lari topik sat.. dengan gitar ni aku kadang-kadang terberangan -kalaulah aku dapat bini terer main gitar, boleh buat band.. Dia ryhtm, aku goreng solo. Paling busuk pun dapat macam Yuna/Aina Raffali ke.. Wahhh.. Lepas tu kan lepas tu kan, anak-anak aku pun aku nak diaorang tahu main gitar.. Pendek kata dari mak ke bapak sampailah ke anak, semua tahu main gitar. Yeahh!!

Hak hak ok cukuplah tu. Kalau korang macam mana pulak? Bila bosan korang buat apa?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...