Komen yang bagus boleh dijadikan entri

on 23 April 2011

Apa lagi yang boleh dibuat kalau kering idea? Tengok tibi? Dengar muzik? Tidur? Jalan-jalan? Atau paling tak boleh blah, hantuk kepala kat dinding? Keh keh.. Kalau sampai hantuk kepala kat dinding, tu memang tensyen gila dah tu.

Em dari yang aku perhati kat blog ni dan yang aku buat sendiri, komen pun boleh dijadikan idea untuk entri. Komen yang aku maksudkan, komen yang kita dapat dari entri-entri lama kita. Yup yup.. Cuba korang check balik entri lama korang, yang paling banyak dapat komen tu.. Mesti ada 1 atau 2 komen yang sebetul-betulnya komen.

Dari komen tu kita boleh jadikan ia entri dengan syarat, komen tu pun mestilah mempunyai pendapat yang bagus untuk kita bentangkan pada pembaca. Korang boleh mulakan entri tu macam ni :

"Dari entri (nama entri), aku dapat 1 komen yang bernas dari (nama dan link blog pengkomen) Dia kata... "

Bagi aku, idea entri dari komen tu ialah salah 1 pecahan idea. Jangan biarkan entri kita yang lepas-lepas tu mati macam tu je. Kita boleh cerita dari perspektif lain.

Tak ada komen bernas? Jangan sempitkan fikiran. Komen yang bernas bukan 100% datang dari entri yang bagus. Kalau entri personal korang pun dapat komen yang best, korang boleh jadikan komen tu sebagai entri. Ok??
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...