Aku pelik tengok habit perempuan ni..

on 18 May 2011

Yearghh perut kekenyangan lepas mentedarah kat mapley tadi. Tosey garing 2 keping dicarik-carik, dikoyak-koyak, di kunyah-kunyah penuh nikmat beserta nescafe ais! Burppp! Alhamdullilah rezeki hari ni..

Nak kasi ada sesuatu dalam entri ni, aku nak cerita 1 benda yang aku nampak masa kat mapley tadi. Berkaitan dengan perempuan. Dah lama sebenarnya aku nampak habit ni..  Sejak aku sekolah menengah sampai la ni.. Mesti aku nampak adegan ni.

Perempuan salam perempuan then saling cium tangan sendiri - Kau pernah nampak tak habit ni?

Aku puas google gambar macam tu tapi tak jumpa pulak. Nak snap gambar minah tu, ish aku rasa macam kurang ajar pulak. Cer kau bayangkan sendiri.

Actually normal bab salam tu dan normal jugak kalau cium tangan orang yang lagi tua tapi ni dengan kengkawan. Mungkin pada kau normal tapi sebagai manusia yang suka memerhati gelagat orang sekeliling aku rasa pelik!

Sebenarnya untuk apa eh saling cium tangan tu? Kalau ada kebaikkan disebalik tu, aku pun nak cium tangan kawan aku jugakla pasni..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...