Copy paste takde hal tapi cara tu kasi betul lah!

on 31 May 2011

Copy paste copy paste.. Baru je tadi aku dapat tahu 1 entri personal aku di copy bulat2 tanpa letak backlink masa aku tengah merayau kat group-group blogger fb. Dengan typo, dengan embed music player pun dicopy sekali. Aku tanya tuan punya blog, dia kata lupa. Hmm..

Pada aku tak salah pun copy2 ni.. Even aku pun buat. Tapi aku takdelah sampai nak jadikan artikal tu hak sendiri. Boleh je copy2 ni tapi cara tu kasi betul lah.. Tengok jugak apa yang dicopy tu. Adakah artikal tu berbentuk peribadi atau pun memang dalam bentuk info 100%..

Kalau bentuk peribadi, janganler copy dari a-z. Entri peribadi je kot.. Copy 1-2 perenggan lepas tu taip situ 'sambungan seterusnya kat _______ (link blog)'.  Kalau artikal tu berbentuk info 100% yang mana wajar kita sebarkan, ok je copy 100% tapi letaklah jugak backlink. Kalau tak tahu siapa yang published artikel tu, kasi tahulah dari mana kita copy.. 

Siapa blogger tu? Hmm rasanya tak perlu lah mention sapa. Cuma pengajaran kat sini - Nak copy, copy dengan cara yang betul. Bukan curi..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...