Long distance relationship - Bukan kerja senang

on 31 Mei 2011
























Long distance relationship - Aku rasa aku layak untuk bercerita pasal ni sebab ada pengalaman dalam arena ni 6 tahun lepas.. Jadi agak molek kalau aku share pengalaman aku ni pada sesiapa yang berada dalam long distance relationship ni.

Bukan kerja senang - Kalau betul kau sayang dia, nak naikkan posibility long distance relationship ni ke gerbang perkahwinan, ada beberapa perkara yang kau kena ambik berat. Paling penting sini kau kenalah serius dan sanggup bagi komitmen lebih. Kalau hangat-hangat taik ayam je, memang tak kemana. Trust me. So apa dia perkara tu?

1st thing first, kepercayaan. Kepercayaan 90-100% penting dalam relationship ni. Aku tahu kepercayaan ni aspek yang common tapi kalau kau tengok balik dalam relationship ni, kenapa ada sesetengah pasangan putus akhirnya? Salah 1 sebab dia kepercayaan tak kuat.

Berbalik pada topik. Bila berjauhan dengan si dia, confirm kau tertanya-tanya, risau dan paling tak boleh blah, fikir bukan-bukan. Bila perasaan negatif tu membuak-buak, mulalah syak bukan-bukan. Then asyik contact contact contact. Tanya itu tanya ini.. Tulah yang buat pasangan rimas, rasa terkongkong. Bila pasangan dah tak boleh bersabar lagi, confirm dia mintak putus.

Jadi terbukti sini kepercayaan yang kuat aspek paling penting dalam cinta jarak jauh.

2nd, sabar. Cinta jarak jauh bukan macam cinta jarak dekat. Tiap-tiap hari boleh keluar jumpa. Bila dah termasuk dalam cinta jarak jauh ni, silap-silap mungkin setahun sekali je kau dapat jumpa si dia. Bila contact si dia pulak, tengah-tengah syok bergayut tetiba kredit habis. Nak topup duit kering. Paling mencabar kesabaran, bila kau dengan pasangan berada dalam konflik. Masa ni kalau kau hantar mesej, tapi tak masuk dalam inbox dia. Ralat macam ni kita tak dapat nak expect. Tetiba je boleh berlaku.

So yeah. Kesabaran tu penting.

3rd, tak mudah dipengaruhi emosi. Kalau cepat dipengaruhi emosi, serius susah nak maintainkan hubungan tu. Contoh kat sini, 2 perkara yang aku cerita kat atas. Bila takde kepercayaan, takde kesabaran, memang tak lamalah hubungan tu. Sebab keputusan yang akan dibuat selepas tu akan berlandaskan emosi semata-mata. Bukan ikut logik. Pada aku penting ah tak mudah dipengaruhi emosi ni. Supaya bila kau dengan si dia berada dalam situasi yang cipan (tak best), kau dapat buat keputusan ikut logik.

4th, jangan bergantung pada 1 saluran berhubung. Jangan harapkan handset atau fb semata-mata. Apsal aku cakap macam tu? Sebab katakanlah handset kau rosak, fb kau kena hack, macam mana nak berhubung? Macam aku cakap tadi, ralat cipan macam ni kita tak expect bila akan berlaku. Jadi better kita standby lebih dari 1 saluran berhubung. Emel, video call, ym, hatta surat sekalipun boleh diguna.

Last sekali, kekerapan berhubung. Kalau asyik contact je, masak ah weh. Sampai si dia nak buat kerja pun susah apa cerita kan? Rimas pulak dia nanti. Tapi kalau jarang sangat macam seminggu sekali, sebulan sekali pun tak boleh. Nampak macam dah takde hati nak teruskan hubungan tu. Jadi untuk tak menyusahkan siapa-siapa, better kau dengan si dia berbincang pasal kekerapan berhubung ni. Hari apa boleh contact, pukul berapa, etc.

Kalau kau tengok balik depa-depa yang berada dalam cinta jarak jauh ni mampu bertahan dan akhirnya berkahwin sebabkan depa jaga 5 perkara kat atas. So kalau betul kau sayang dia, taknak gagal dalam long distance relationship ni ikutlah tips ni. Aku doakan kejayaan korang. Insyaallah.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...