Hutang tido - Bila lambat tido, kita cepat rasa mengantuk. Bila jadi macam tu bermakna kita dah berhutang tido. Nak settle, tido balik barang sejam dua baru hilang terus mengantuk tu.
Aku banyak kali dengar quote ni tapi tak tahu sejauh mana kesahihan dia. Quote tu fakta atau auta? Tapi macam fakta pun iye jugak. Lately ni bangun dari tidur kelopak mata aku ni macam diletakkan batu, punyalah berat nak bukak mata. Bila badan ni sibuk buat apa-apa aktiviti, seolah-olah ada suara berbisik - Tido tido tido.. Hehehehehehe... (diselangi hilai tawa kuntilanak)
Ada sekali tu tengah mata ni mengadap laptop, tak pasal-pasal je pandangan aku jadi gelap terang gelap terang. Terhangguk-hangguk, terhangguk-hangguk.. Last2 kepala aku terhantuk kat laptop ni. Hahak
So adakah apa yang aku kena tu sindrom hutang tido? Effect kesihatan ke tak eh?
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan