Protein rambut dalam roti/kek/pau haram

on 16 Mei 2011

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam - Metro

Pergh protein rambut pun boleh jadi bahan buat makanan?? Ah tak kiralah sedap ke hapa ke, dah jelas lagi nyata haram.. Peniaga2 tak boleh fikir profit semata-mata. Apa guna profit gila babeng tapi haram? Pada pengguna pulak, sila berhati-hati..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...